Bantulah mereka

Kanak-kanak kurang bernasib baik dibantu KEPRIHATINAN syarikat-syarikat korporat di negara ini dalam menunaikan tanggungjawab sosial mereka sememangnya tidak dapat dipertikai. Semakin banyak yang menjadikan aktiviti-aktiviti membantu golongan kurang bernasib baik sebagai program wajib dalam kalender tahunan mereka. Begitu juga Clarins, sebuah jenama penjagaan wajah terkenal dari Perancis, yang sejak 10 tahun lalu berbangga dengan program Kempen Amal Kami Prihatin (Clarins We Care). Terbaru, kira-kira 100 kanak-kanak kurang bernasib baik dari lima rumah kebajikan di Kuala Lumpur dan Melaka berpeluang mendapat faedah daripada kempen tersebut. Sebanyak RM30,000 disumbangkan kepada lima rumah kebajikan tersebut iaiatu The Lighthouse Children’s Home (Rumah Anak Yatim, Melaka), Wings Melaka Early Childhood Intervention Centre (Rumah Istimewa, Melaka), Rumah Keluarga Kami (Rumah Anak Yatim, Selangor) Rumah Bakti Hulu Klang (Rumah Anak Yatim, Selangor) dan Shelter Home for Children (Rumah Anak Yatim, Selangor). Menurut Pengurus Besarnya, Tan Seong Teck, wang tersebut adalah hasil daripada jualan Diari Clarins Kami Prihatin edisi terhad 2009 yang berharga RM12 senaskhah. Dairi tersebut mengandungi 12 lukisan terbaik dalam peraduan melukis Paint The World Green (Hijaukan Bumi) anjuran Clarins dengan kerjasama Pencinta Alam Malaysia (MNS). “Peraduan tersebut disertai oleh kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun dari lima rumah kebajikan tersebut. “Jadi, hasil daripada penjualan tersebut kami kembalikan kepada mereka dengan membeli alat-alat pembelajaran khas untuk kanak-kanak yang mempunyai keperluan khusus, buku pendidikan, mainan dan menubuhkan perpustakaan kecil untuk rumah kebajikan terbabit,” katanya. Bagi Seong Teck, kanak-kanak adalah harapan dan masa depan justeru melalui kempen tersebut diharap dapat membantu kanak-kanak yang memerlukan untuk menambah pengetahuan dan meningkatkan kemahiran mereka menerusi pendidikan. “Kami percaya pendidikan yang baik adalah batu loncatan ke arah masa depan yang indah dan gemilang,” katanya. Menurutnya, sejak diperkenalkan Kempen Clarins Kami Prihatin sudah mengumpul lebih RM800,000 dan menyumbangkannya kepada pertubuhan kebajikan yang layak mendapat bantuan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.